Wednesday, November 5, 2008

Modul BM SPM 07

BAHASA MELAYU KERTAS 1, SPM 2007

BAHAGIAN A

1. Kepentingan sungai di Malaysia
2. Langkah-langkah menggalakkan penglibatan murid dalam kokurikulum
3. Cara-cara menarik pelancong asing ke Malaysia
4. Kesan-kesan makanan segera
5. Cara-cara mempromosikan kraf tangan
6. Cabaran untuk mencapai kejayaan

BAHAGIAN B

1. Cara-cara terbaik menjadi remaja yang berkualiti
2. Pengalaman majlis sambutan hari guru
3. Kesan-kesan rancangan realiti televisyen kepada remaja
4. Hubungan jiran pada hari ini semakin merosot. Beri pendapat anda.
5. Langkah-langkah menggalakkan rakyat Malaysia membaca
6. Kebaikan dan keburukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
7. Wawancara seorang tokoh Ibu Mithali berhubung dengan kejayaan mendidik anak
8. Persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya
9. Tulis satu cerpen bertemakan kegigihan. ‘Belakang parang kalau diasah lagikan tajam’.


(B.4) Hubungan jiran pada hari ini semakin merosot.
Beri pendapat anda.

Semangat kejiranan pada masa ini semakin merosot. Kebanyakan masyarakat hari ini suka hidup mementingkan diri sendiri. Pada masa dahulu, hubungan jiran sangat baik. Ada banyak faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin kurang pada masa ini.

Antaranya ialah kesibukan bekerja. Ramai masyarakat terutamanya di bandar keluar bekerja. Mereka pergi bekerja awal pagi. Kemudian mereka balik ke rumah pada lewat petang. Mereka tidak ada masa untuk berjumpa dengan jiran. Oleh sebab itu, hubungan jiran pada masa ini semakin longgar.

Selain itu, amalan seperti bergotong-royong di kampung-kampung juga semakin berkurangan. Ramai orang lebih suka menonton televisyen. Dengan menonton televisyen, mereka dapat berehat. Mereka juga boleh menonton bermacam-macam rancangan televisyen. Hal ini adalah satu sebab semangat kejiranan semakin kurang.

Seterusnya, sesetengah jiran pula tidak suka berkawan dengan jiran. Perkara ini berlaku kerana ada masyarakat yang baru berpindah rumah. Mereka berasa malu untuk berbual denga jiran di sebelah rumah. Sikap ini sangat buruk. Jika ada kecemasan, sudah tentu orang lain tidak akan menolongnya. Budaya tolong-menolong sepatutnya diamalkan dalam hidup berjiran.

Hal ini menyebabkan jiran tetangga yang lain takut untuk berbual mesra dengan mereka. Jika mereka tidak bertegur sapa, akhirnya mereka tidak mengenal jiran. Jiran hendaklah bersikap peramah antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka tidak boleh berbual dalam bahasa Melayu.

Faktor lain yang menghalang semangat kejiranan ialah perbezaan bahasa. Mereka kurang fasih berbahasa Melayu. Mereka juga tidak mahu berbual disebabkan agama yang berbeza.

Di taman perumahan, terdapat jiran yang taraf hidupnya berbeza antara satu sama lain. Jiran yang kaya, selalunya akan memandang rendah kepada jiran yang miskin. Jiran yang miskin pula akan berasa rendah diri kepada jiran yang kaya. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan jiran tidak baik.

Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat. Masyarakat bandar dan luar bandar mestilah mempunyai hubungan jiran yang baik Jiran sangat penting kepada kita. Sebagai contoh, semasa kita sakit, kemalangan dan lain-lain kita perlu pertolongan. Jiran boleh membantu kita jika kita susah.Oleh itu, ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’.



Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai.

(B.4) Hubungan jiran pada hari ii semakin merosot.
Beri pendapat anda.

Semangat kejiranan pada masa ini semakin ______________. Kebanyakan masyarakat hari ini suka hidup mementingkan diri sendiri. Pada masa dahulu, hubungan jiran sangat _________. Ada banyak faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin kurang pada masa ini.

Antaranya ialah ______________ ___________. Ramai masyarakat terutamanya di bandar keluar bekerja. Mereka pergi bekerja awal pagi. Kemudian mereka balik ke rumah pada lewat petang. Mereka tidak ada ___________ untuk berjumpa dengan jiran. Oleh sebab itu, hubungan jiran pada masa ini semakin longgar.

Selain itu, amalan seperti bergotong-royong di kampung-kampung juga semakin _____________ . Ramai orang lebih suka menonton _____________ . Dengan menonton televisyen, mereka dapat berehat. Mereka juga boleh menonton bermacam-macam rancangan televisyen. Hal ini adalah satu sebab semangat kejiranan semakin kurang.

Seterusnya, sesetengah jiran pula tidak suka berkawan dengan jiran. Perkara ini berlaku kerana ada masyarakat yang baru berpindah rumah. Mereka berasa ___________ untuk berbual denga jiran di sebelah rumah. Sikap ini sangat buruk. Jika ada _______________ , sudah tentu orang lain tidak akan menolongnya. Budaya tolong-menolong sepatutnya diamalkan dalam hidup berjiran.

Hal ini menyebabkan jiran tetangga yang lain takut untuk berbual mesra dengan mereka. Jika mereka tidak ___________ _______, akhirnya mereka tidak mengenal jiran. Jiran hendaklah bersikap peramah antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka tidak boleh ____________ dalam bahasa Melayu.

Faktor lain yang menghalang semangat kejiranan ialah perbezaan bahasa. Mereka kurang ___________ berbahasa Melayu. Mereka juga tidak mahu berbual disebabkan __________ yang berbeza.

Di taman perumahan, terdapat jiran yang taraf hidupnya berbeza antara satu sama lain. Jiran yang __________ , selalunya akan memandang rendah kepada jiran yang miskin. Jiran yang miskin pula akan berasa ____________ __________ kepada jiran yang kaya. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan jiran tidak baik.

Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat. Masyarakat bandar dan luar bandar mestilah mempunyai hubungan jiran yang baik Jiran sangat penting kepada kita. Sebagai contoh, semasa kita ________
kemalangan dan lain-lain kita perlu pertolongan. Jiran boleh membantu kita jika kita susah.Oleh itu, ‘ ______________ ____________ ___________ __________’.